Slider 1 mini Slider 2 mini

Khamis, 21 Ogos 2014

Memasang FB Like Box Melayang Menarik Pada Blog

Filled under:



Hari ini kita akan belajar cara membuat facebook like box tersembunyi istimewa yang boleh muncul/melayang pada blog kita. Ini berguna jika ingin menjimatkan ruang (terutama sidebar), selain membuatkan blog kelihatan lebih menarik dan kemas. Terdapat beberapa cara untuk membuatnya, sama ada menggunakan widget atau javascript. Tutorial kali ini saya gunakan javascript kerana ianya membuatkan blog kita menjadi ringan.

Ok lah, rakan-rakan boleh ikuti 2 step mudah di bawah:

STEP 1

1. Pergi ke Blogger Dashboard --> Template
2. Backup template kita
3. Kemudian klik Edit HTML
4. Tekan Ctrl+F untuk mencari </head>
5. Copy dan paste kod di bawah di atas/sebelum </head>:
<script src='https://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.6.1/jquery.min.js' type='text/javascript'/>
6. Save template kita.


STEP 2

1. Sekarang pergi ke Layout--> klik "Add a gadget".
2. Pilih "html/java script" dan tambahkan kod di bawah dan save.
<script type="text/javascript"> /*<![CDATA[*/ jQuery(document).ready(function() {jQuery(".abtlikebox").hover(function() {jQuery(this).stop().animate({right: "0"}, "medium");}, function() {jQuery(this).stop().animate({right: "-250"}, "medium");}, 500);}); /*]]>*/ </script> <style type="text/css"> .abtlikebox{background: url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1LUpBmylf253P3quHxM2h2c6z8VG9_0KYu6ULspE6pzoYCZUpCzqqWKIedM_oGmziP5yl0C6agrrDquXbmNcLPKHfacvLWkFZLMZ6tnzTvQX4OZrWS6j3LIhG98hl8r1d9V8JrWyoVdU/s320/fb1-right.png") no-repeat scroll left center transparent !important; float: right;height: 270px;padding: 0 5px 0 46px;width: 245px;z-index: 99999;position:fixed;right:-250px;top:20%;} .abtlikebox div{ padding: 0; margin-right:-8px; border:4px solid #3b5998; background:#fafafa;} .abtlikebox span{bottom: 4px;font: 8px "lucida grande",tahoma,verdana,arial,sans-serif;position: absolute;right: 6px;text-align: right;z-index: 99999;} .abtlikebox span a{color: gray;text-decoration:none;} .abtlikebox span a:hover{text-decoration:underline;} } </style> <div class="abtlikebox" style=""> <div> <iframe src="http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?href=http%3A%2F%2Ffacebook.com%2Feasywebskill&amp;width=245&amp;colorscheme=light&amp;show_faces=true&amp;border_color=white&amp;connections=9&amp;stream=false&amp;header=false&amp;height=270" scrolling="no" frameborder="0" scrolling="no" style="border: white; overflow: hidden; height: 270px; width: 245px;background:#fafafa;"></iframe><span>Widget by :<a href="http://www.ezeyblog.blogspot.com"> Ezey Blog</a></span> </div> </div>

Nota: Gantikan easywebskill dengan url facebook page rakan-rakan.
Nah, sekarang lihatlah hasilnya  :d

Posted By Unknown7:46 PTG

Kisah Azab Penduduk Kota Pompeii Yang Dipenuhi Kemaksiatan

Filled under:



Pompeii 1

Kisah yang dipaparkan kali ini hampir menyamai kisah Si Tanggang yang disumpah menjadi batu oleh ibunya, tetapi kisah ini merupakan kisah manusia batu yang terbentuk akibat bencana alam yang dahsyat. Sungguh mengerikan.. Bagaimana ianya terjadi, hayati kisahnya. Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii iaitu salah sebuah kawasan di Itali kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain. Senario biasa dilihat seperti para penduduknya bergerak sibuk ke sana sini, aktiviti berjual beli dalam bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain.

Sehinggalah tiga hari kemudiannya, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud lagi di muka bumi ini! Apakah yang berlaku sebenarnya?..

Sejarah kota ini selama hampir 1,500 tahun, kota Pompeii yang wujud suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan. Masa terus berlalu sehinggalah tibanya tahun 1594, sekumpulan pekerja telah diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.




Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan satu persatu dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu. Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.

Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan. Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar. Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai persoalan misteri dalam kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.

Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan..!



Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera. Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan se ks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.

Sebenarnya, pada zaman itu Kota Pompeii ini adalah pusat perzinaan dan syurga kaum homoseksual. Nasib penduduk Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth. Kehancuran Pompeii sepenuhnya terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius.

Peristiwa ini berlaku selepas gunung berapi Vesuvius tiba-tiba sahaja bergemuruh dan memuntahkan isinya. Awan panas dan debu lahar menjalar turun. Tidak lama kemudian, Kota Pompeii hancur seluruhnya. Mana-mana binaan bangunan disapu rata, para warga menjadi patung dalam kesakitan luar biasa. Bermula saat itu, sebuah kota yang dahulunya masyhur terus berselimut debu sehinggalah kewujudannya terbongkar kembali.




Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba. Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan. Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.

Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.



Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu. Tiada seorang pun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.




Informasi Kisah Pompei dari Al Quran

Berhubung peristiwa ngeri ini, terdapat aspek yang agak sukar untuk difahami iaitu bagaimana boleh terjadi ribuan manusia direntap nyawanya secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda sebelumnya..sehingga mereka tidak berpeluang untuk melarikan diri sekalipun.

Hal ini menunjukkan bahawa kehancuran bumi Pompeii ini mirip dengan peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan dalam Al Quran Surah Yaasin, Ayat 29 :

“(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.”
(Surah Yaasin, Ayat 36:29).

Begitulah kisah yang terjadi kepada penduduk zaman purba di Kota Pompeii. Seharusnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut agar tidak terjadi dalam masyarakat kita hari ini. Fikir-fikirkan lah ….




Posted By Unknown10:20 PG

Rabu, 20 Ogos 2014

Cara Memasang Smiley Atau Emoticon Pada Komen Blog

Filled under:



Smileys/Emoticons adalah salah satu cara untuk membuatkan pengunjung berasa seronok dan yakin dengan blog kita. Bagaimana pun tidak banyak template yang kita minati dipasang dengan emoticon. Bagaimanapun kitamasih boleh membuatnya sendiri.

Contoh Emoticon/Smiley

Sila ikuti langkah-langkah di bawah. Jika kurang berkeyakinan, backup template kita terlebih dahulu agar blog kita dapat dipulihkan jika terdapat kesilapan semasa mengedit template.

1. Buka Blogger Dashboard --> Template
2. Sila backup template
3. Klik Edit HTML
4. Gunakan  Ctrl+F untuk mencari kod  </body>
5. Selepas itu copy kod di bawah ini dan pastekan di atas atau sebelum kod </body>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
jQuery(document).ready(function () {emoticonx({
emoRange:"#comments p, div.emoWrap",
putEmoAbove:"iframe#comment-editor",
topText:"Click to see the code!",
emoMessage:"To insert emoticon you must added at least one space before the code."
})
});
//]]>
</script>
<script src='https://boyz.googlecode.com/svn/JS/emoticonnya.js' type='text/javascript'/>
</b:if>

Nota:  Anda boleh mengubah perkataan bold merah dengan perkataan yang kita sukai.

6. Langkah berikutnya ialah dapatkan kod  ]]></b:skin>
7. Copy dan pastekan script di bawah di atas/selepas   ]]></b:skin>
.emoWrap {
position:relative;
padding:10px;
margin-bottom:7px;
background:#fff;
/* IE10 Consumer Preview */
background-image: -ms-linear-gradient(right, #FFFFFF 0%, #FFF9F2 100%);
/* Mozilla Firefox */
background-image: -moz-linear-gradient(right, #FFFFFF 0%, #FFF9F2 100%);
/* Opera */
background-image: -o-linear-gradient(right, #FFFFFF 0%, #FFF9F2 100%);
/* Webkit (Safari/Chrome 10) */
background-image: -webkit-gradient(linear, right top, left top, color-stop(0, #FFFFFF), color-stop(1, #FFF9F2));
/* Webkit (Chrome 11+) */
background-image: -webkit-linear-gradient(right, #FFFFFF 0%, #FFF9F2 100%);
/* W3C Markup, IE10 Release Preview */
background-image: linear-gradient(to left, #FFFFFF 0%, #FFF9F2 100%);
border:3px solid #860000;
-moz-border-radius:5px;
-webkit-border-radius:5px;
border-radius:5px;
box-shadow:0 4px 6px rgba(0,0,0,0.1),0 1px 1px rgba(0,0,0,0.3);
-moz-box-shadow:0 4px 6px rgba(0,0,0,0.1),0 1px 1px rgba(0,0,0,0.3);
-webkit-box-shadow:0 4px 6px rgba(0,0,0,0.1),0 1px 1px rgba(0,0,0,0.3);
box-shadow:0 2px 6px rgba(0,0,0,0.1),0 1px 1px rgba(0,0,0,0.3);
font-weight:normal;
color:#333;
}
.emoWrap:after {
content:"";
position:absolute;
bottom:-10px;
left:10px;
border-top:10px solid #860000;
border-right:20px solid transparent;
width:0;
height:0;
line-height:0;
}

8. Kemudian tambah script di bawah di atas.sebelum  </head>
<script src='https://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.8.3/jquery.min.js' type='text/javascript'/>
9. Dan akhir sekali klik preview/pratonton. Jika tiada masalah klik save template.

Demonya ialah seperti diruangan komen entry ini. :)


Posted By Unknown11:55 PG

Selasa, 19 Ogos 2014

Laman Ping Blog Terpopular Global dan Malaysia

Filled under:



Aktiviti ping amat penting dalam dunia blogging dan website. Apabila kita membuat entri sudah tentu kita mahu memastikan entri kita berada dalam enjin carian, iaitu tampil apabila di 'searh' oleh pennguna internet. Jika tidak, mungkin enjin carian akan mengambil masa yang lama untuk mengindeks entri kita. Aktiviti 'ping' merupakan basic dalam berbloging.

Laman "ping" berfungsi menghantar maklumat kepada enjin pencari dan directori meberitahu bahawa blog kita telah dikemaskini dengan entri terbaru. Ini akan memastikan blog kita tidak tertinggal dan tentunya menghasilkan trafik. Laman "ping" yang mempunyai PR (Pange Rank) yang baik boleh membantu "boost up" blog anda dalam enjin carian.

Laman Ping Terbaik Luar Negara (Global)

  1. Google Ping - Salah satu laman yang mempunyai ranking yang tinggi dan mudah digunakan.
  2. Ping-O-Matic PR6 - Memberi perkhidmatan kepada beberapa enjin pencari bahawa blog anda telah dikemaskini
  3. Twingly.com – PR 6
  4. Ping My Blog - Memberitahu semua blog directori yang blog anda telah dikemaskini.
  5. IM.org Backlink Supercharger - Merupakan indeks yang memberi maklumat domain anda kepada laman analitic seperti Alexa, Woorank, Quarkbase dan pelbagai enjin carian yang lain.
  6. Ping Farm- Memberi perkhidmatan kepada enjin pencari bahawa blog anda telah dikemaskini.
  7. Feed Shark - PR 5 
  8. Feedshark.brainbliss.com – PR 5
  9. Auto-ping.com – PR 5
  10. Pingates - "Ping" blog anda lebih daripada 40 enjin pencari.
  11. Ping That Blog - Laman ini memberi perkhidmatan qualitative ping kepada blog anda.
  12. Mypagerank.net – PR 5
  13. Icerocket.com – PR 5
  14. Blo.gs – PR 5
  15. Bitacoras.com – PR 5
  16. Pingler - PR 4 : Laman ping global yang popular di kalangan blogger Malaysia.
  17. Totalping.com – PR 4
  18. Ping.in – PR 4
  19. Googleping.com – PR 3
  20. Pingoat.net – PR 3
  21. Pingfarm.com – PR 3
  22. Pingmylink.com – PR 3
  23. Bulk Ping - PR 2 : Sebuah Auto Mass Ping yang unik untuk mempromosi blog anda.
  24. Pingsitemap.com – PR 2
  25. Blogbuzzer.com – PR 2



Laman Ping Terbaik Malaysia



Ping Busuk - Antara yang terpopular di Malaysia. Ianya mudah digunakan dan akan ping entri kita secara automatik. Untuk menggunakannya kita diminta sekurang-kurangnya memasang banner, atau lebih baik berserta widget.


Blogr - ping dilakukan secara manual (agak meletihkan) tetapi mampu memberikan trafik yang bagus.


Seperti pendapat otai-otai SEO, laman ping global mampu menaikkan blog kita di enjin carian, namun laman ping Malaysia amat berguna untuk menarik pelawat dari Malaysia.


Posted By Unknown11:23 PTG

Catatan Orang Pencen

Filled under:


Sekadar gambar hiasan

Ketika aku membuka lembaran-lembaran fail pegawai yang telah pencen,  kutemui catatan berikut ini:

Dahulu aku berangan2..
Andai aku menjadi seorang pegawai kerajaan…
Dan memang benar, akhirnya aku pun bekerja sebagai pegawai
Sehingga aku pun terobsesi untuk segera menikah.

Dahulu aku berangan2…
Kiranya aku dapat menikah..
Dan memang benar, aku pun menikah.
Akan tetapi hidup ini sangat sepi tanpa kehadiran anak-anak.

Akupun berangan2…
Kiranya aku dikurniakan anak
Dan memang benar, aku pun diberikan kurnia anak-anak.
Akan tetapi, tidak beberapa lama akhirnya aku bosan dengan dinding2 apartmenku sendiri.

Akupun kembali berangan2...
Andai aku memiliki rumah sendiri.
Terdapat halaman dan tamannya…
Dan memang benar, setelah berusaha keras aku pun memiliki rumah itu
Akan tetapi… anak anak ku pula sudah pun dewasa..

Akupun kembali berangan2..
Duhai kiranya aku dapat menikahkan mereka…
Dan memang benar, akhirnya merekapun telah menikah.
Tapi aku bosan dengan pekerjaanku dengan segala kesulitannya, semuanya terasa sangat memenatkanku.

Akupun kembali berangan2...
Andai aku segera pencen agar aku dapat beristirehat.
Memang benar, aku pun akhirnya bersara.
Akan tetapi aku kini tinggal seorang diri sama seperti baru lulus kuliah dahulu.

Akan tetapi ketika baru lulus kuliah dahulu, saat itu aku tengah menyongsong kehidupan, sementara saat ini aku sedang menyongsong akhir kehidupan.

Namun meskipun demikian, aku masih saja memiliki sebuah angan-angan…

Kini aku berangan2...
Untuk menghafal Al Qur’an.
Tapi… ingatanku telah mengkhianatiku (cepat lupa).

Aku juga berangan2..
Untuk berpuasa mendekatkan diri kepada Allah
Tapi kesihatanku tidak lagi membantuku.

Aku juga berangan2..
Untuk bangun solat malam
Tapi kakiku tak mampu lagi menahan beban tubuhku.

Sangat benarlah sabda Rasulullah al-Musthafa,
“Pergunakanlah sebaik-baiknya 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:
  • Masa mudamu sebelum datang masa tuamu
  • Masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu
  • Masa kayamu sebelum datang masa miskinmu
  • Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu
  • Masa hidupmu sebelum datang kematianmu...

Ya Allah!
Bantulah kami untuk sentiasa mengingat-Mu, bersyukur pada-Mu dan melakukan ibadah sebaik-baiknya kepada-Mu...

Saudaraku..

Jika dalam aktiviti harianmu tidak terdapat;
  • Dua rakaat Solat Dhuha,
  • Atau 1 hizb bacaan Qur’an,
  • Atau solat Witir di malam hari,
  • Atau ungkapan kalimat baik yang kau ucapkan,
  • Atau sedekah yang dapat memadamkan kemurkaan Allah,
  • Atau amalan rahsia yang tidak diketahui manusia melainkan Allah...
Maka masih adakah nikmat hidup yg masih ada untukmu?

Diterjemahkan oleh Fadlan Akbar, LC. dari artikel berbahasa Arab
SUMBER


Posted By Unknown9:44 PG

Jumaat, 15 Ogos 2014

10 Golongan Manusia Yang Tidak Diterima Solatnya

Filled under:



Untuk muhasabah diri, mari kita sama-sama lihat sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".
Terdapat Hadis Rasulullah saw juga mengatakan bahawa terdapat 10 golongan manusia yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT iaitu:

  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
  4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
  5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
  6. Orang perempuan yang suaminya marah / menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
  7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
  8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
  9. Orang yang suka makan riba.
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Posted By Unknown1:40 PG