Ahad, 10 Ogos 2014

Blog Shopping Cart Untuk Pelanggan Minggu Ini

Filled under:


Alhamdulillah, kami menerima tempahan blog shopping cart dari Sabah, iaitu daripada Petrobaz Enterprise, Alhamdulillah juga kerana pemiliknya sangat gembira dan bersemangat dengan blog barunya.

Blog ini mempunyai menu produk-produk  yang dijual. Antara barangan yang dijual adalah barangan kelengkapan persekolahan, pelbagai jenis t.shirt, baju korporat dan barangan outdoor. Kami telah menyerahkan blog tersebut kepada pemiliknya siap dengan tutorial untuk memasukkan produk, mengurus borang pesanan dan pertanyaan, serta beberapa tips untuk mengurus dan memajukan blog.

Sememangnya blog shopping cart amat sesuai untuk peniaga yang ingin mempamerkan banyak barangan secara detail dan kemas. Apa yang menarik blog ini mesra SEO, mudah ditemui bila kita 'search' barangan tersebut di carian google. Harganya cuma RM150.00 dan pelanggan hanya perlu membuat akaun gmail baru.

Semoga Petrobaz Enterprise bakal menemui kejayaan dalam bidang yang diceburinya, apa lagi dengan nilai tambah blog yang kami sediakan. Amin.

Kepada sesiapa yang berminat mendapatkan blog sebegini, jom contact kami   




2 ulasan:

  1. Amin.. setakat ni saya berpuas hati.. cuma skrg perlu bnyk mempelajri coding.. 1 lg, blh x sya join bisnes BLOG? sebab terpikir jga nak buat bisnes blog kat sekola,swsta, prsatuan & lain2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Kami akan bantu tuan seberapa daya. Tuan pun nampaknya fast learner :D. Tentang join tu insyaAllah, kita bincang.

      Padam