Khamis, 31 Julai 2014

Jenis-jenis Blog Yang Perlu Kita Tahu

Filled under:



Jenis-jenis Blog Yang Perlu Kita Tahu


Sebenarnya terdapat berbagai jenis blog, bergantung kepada minat dan kemahiran yang dimiliki oleh pemiliknya. Berikut adalah antara jenis-jenis blog yang ada di dalam dunia internet. Walaupun entri ini hanya santai, tetapi ianya diharap memberi sesuatu kepada kita. :). Pelbagai jenis blog kita sering jumpa ketika melayari dunia maya. Berikut adalah jenis-jenis blog yang kemungkinan anda akan jumpa.

  1. Blog Politik - blog ini selalu support pemimpin parti yang dia suka dan penuh kritikan kepada parti yang dia benci, Selalu promote kebaikan dibuat oleh parti dia. Selalunya mempunyai bilangan pelawat yang terlajak ramai. Tapi kalau silap fakta bila nak mintak maaf ye..:)
  2. Blog Fakta/Info - Banyak benda saya tahu daripada blog sebegini dan biasanya terdiri daripada berbagai 'niche' seperti hobi. Banyak info, grafik dan gambar, cuma kadang-kadang terlalu panjang postignya.
  3. Blog Tutorial - Ramai menyukainya. Penuh dengan tutorial mengenai komputer, blogging, coding,dan bermacam lagi.
  4. Blog Business - blog business online. Selalunya menjual produk selain info syarikat/perniagaan. Beginner level for online shop.
  5. Blog Buat Sideincome - selalunya berbagai artikel dibuat dan tentunya menjurus untuk buat duit. Dipenuhi dengan berbagai link serta banner affiliate termasuk iklan nuffnang/affiliate merata-rata skrin.
  6. Blog Komic - blog yang penuh cerita lawak siap dengan gambar komik, ataupun cerita rekaan yang menarik untuk dibaca. Popular di kalangan kanak-kanak dan remaja.
  7. Blog Islamic - selalunya dibuat oleh ustaz atau student. Sesuai dengan konsep ingat memperingati dan tentunya sipenulis akan lebih arif tentang ilmu agama kerana terpaksa buat rujukan.
  8. Blog Cute - blog jenis ini selalunya banyak follower, sebab blogger dia adalah perempuan. Sesetengah blogger perempuan letak gambar "duckface" version.
  9. Blog Rojak - mengutarakan berbagai jenis artikel...rojaklah katakan!
  10. Blog Kutuk Orang (Gossip) - yang ni selalunya tak lari daripada dapat 'share' yang banyak, sebanyak jumlah pengunjungnya. Gossip tentang artis/classmate/pemimpin/kerajaan/makanan/sekolah dan macam lagi dan tak lari daripada sebarkan hiasan gambar-gambar dedah.Tapi larat tak nak tanggung nanti...
  11. Blog Photography - blog ini penuh dengan gambar yang menarik yang ditangkap oleh photographer sebagai hobbynya, disamping gambar yang menarik dari orang lain.
  12. Blog Warez - blog perkongsian tip/trick, software, game, movie dll,
  13. Blog Pornografi - blog yang meruntuhkan akhlak....Nauzubillah
  14. Blog Humor - bagus blog ni untuk menghilangkan kebosanan.
  15. Blog Shopping Cart - blog ini baru diwujudkan dalam beberapa tahun terakhir ini, berguna untuk memasarkan barang yang banyak dengan berkesan.
Pesanan penaja :)
Carilah bekalan yang bakal membahagiakan kita pada Hari Pembalasan
Itu saja setakat ni. Kalau ada lagi sila komen ye..

0 ulasan:

Catat Ulasan