Cara Mengetahui Artikel Blog Di Copy Paste. Dalam membuat sesuatu entri, posting atau artikel blog, Google memberi keutamaan kepada artikel yang original. Ini bermakna sesuatu artikel itu tidak sama dengan artikel orang lain.
Terdapat pelbagai persepsi penulis blog tentang aktiviti copy paste. Ada yang membenarkan dan ada yang tidak, ada yang suka dan ada pula yang tidak. Apa tidaknya, kita bersusah payah mengeluarkan sesebuah artikel, tiba-tiba ada blogger lain mengopynya. Kesan daripada aktiviti ini adalah konten sesebuah artikel yang dicopy paste tidak menjadi unik di mata Google. Sama ada dicopy atau mengopy hasilnya tetap sama..
Faktanya aktiviti copy paste sukar dibendung. Para blogger mempunyai pelbagai cara untuk menghalang artikel blog mereka daripada dicopy, selalunya dengan pemasangan beberapa script. Namun para blogger yang mahir masih juga mempunyai pelbagai cara untuk mengcopy artikel mereka.
Saranan kepada blogger agar dalam melakukan copy paste, tentukan perkara-perkara berikut dipatuhi,
- Meletakkan link sumber asal artikel sebagai menghormati usaha mereka (ini etika blogger)
- Jangan copy sepenuhnya (bulat-bulat). Lakukan sedikit perubahan (edit) seperti menukar judul, susunan ayat dan gambar agar konten masih lagi unik.
Bagi anda yang ingin menyemak adalah artikel anda sama dengan orang lain bolehlah ke laman http://www.copyscape.com. Papan pemukanya seperti di bawah.
Semoga bermanfaat.
thanks untuk info ini :)
BalasPadamTQ Tedi :)
PadamInfo berguna utk saya yg baru mula. thanks
BalasPadamTQ,semoga berjaya!
Padam